SOALAN:
Apakah hukumnya menghafal al-Quran semata-mata hendak menyertai pertandingan?Semasa pertandingan,surah yang dihafal semua diingati.malangnya selepas pertandingan,surah yang dihafal itu dilupakan sedikit demi sedikit.Apakah hukum hafal surah kemudian lupa?
JAWAPAN:
Sesiapa yang menghafal al-Quran semata-mata bagi menyertai pertandingan,maka perbuatan itu adalah dicela pada syarak.Tujuan menghafal al-Quran adalah bagi mencari keredhaan Allah dan mendapat
ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat nanti.
Niat menyertai pertandingan semata-mata jelas bertujuan mencari kelebihan yang dijanjikan oleh makhluk seperti mendapat hadiah,nama,pujian,ataupun berniat mendapat elaun menghafal al-Quran yang
disediakan oleh kerajaan.
Tidak berdosa apabila seseorang yang sudah menghafal ayat-ayat al-Quran kemudian lupa dengan tidak disengajakannyaTetapi,jika lupa itu disengajakannya seperti sengaja tidak membaca atau mengulang-
ulangkannya,maka perbuatan itu adalah satu dosa sebagaimana yang diterangkan oleh sarjana islam yang
muktabar.
No comments:
Post a Comment