Monday 8 October 2012

Wednesday 3 October 2012

sisi berbeza hidupku di umk

Al kisah bermulanya sebuah cerita.....
Nama diberi Wan Nor Syahida Binti Wan Su.Berasal daripada Kemaman,Terengganu.Dilahirkan di Bandar Cheneh Baru.Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke-3.Ibu tersayang bernama Sharifah Binti Daud.Lahir pada tanggal 14 Julai 1992 dan berumur 20 tahun setakat tahun 2012.Gemar melayari internet dan mendengar lagu di waktu lapang.Bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah di dalam bidang yang diceburi.Menggemari makanan yang dimasak oleh ibu tersayang terutamanya mee kari.Warna yang digemari ialah warna merah kerana warna merah menggambarkan keyakinan seseorang itu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Menamatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di SMK.Ceneh Baru.
Sekarang menuntut di UMK dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian.Di UMK,bermulanya sisi berbeza dalam hidup saya kerana di sini saya belajar berdikari dengan tinggal berjauhan dari keluarga.Di sini juga saya mengenali ramai kawan dari pelbagai negeri dan dari pelbagai etnik yang berbeza.Pernah pada mula-mula mendaftarkan diri di UMK,saya ditempatkan dalam satu bilik dengan seorang india.Pada mulanya agak terkejut namun saya menerimanya dengan positif.Nama budak india itu ialah Geetha.Seorang yang agak pemalu.Menariknya tinggal sebilik dengan berlainan etnik ialah kita dapat saling bertukar-tukar pendapat dan dapat mempelajari bahasa pertuturan etnik yang berbeza selain daripada bahasa ibunda.hal ini sangat berguna kerana selain dapat merapatkan hubungan sesama etnik,kita juga dapat menambahkan ilmu yang sedia ada.